MINI KONVENSYEN KIK UiTM ZON UTARA 2015Selaras dengan usaha kerajaan, UiTM sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.
Sesuai dengan keperluan semasa dan perubahan di dalam dan luar negara, kerajaan telah mengkaji semula peranan dan kaedah yang digunakan oleh Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dalam penyelesaian masalah organisasi. Ia bertujuan untuk menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan Awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri. Justeru, KMK telah ditukar nama kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Pada 2-3 September 2015, Mini Konvensyen KIK UiTM (Zon Utara) akan diadakan di UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar. |
Peserta yang bertanding akan mewakili kampus UiTM cawangan lain terdiri daripada UiTM Cawangan Perak (tuan rumah), UiTM Cawangan Pulau Pinang, UiTM Cawangan Kedah, dan UiTM Cawangan Perlis. Juri yang bertauliah dan berkecuali akan digunakan. Pemenang terpilih akan mewakili zon utara untuk bertanding di Konvensyen KIK UiTM Malaysia 2015.
Tarikh : 2-3 September 2015
Tempat : Dewan Seri Iskandar (DSI), UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang |
Dewan Seri Iskandar (DSI)
UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar 32610 Seri Iskandar, Perak Seri Iskandar adalah bandar universiti yang terletak di antara Lumut dan Ipoh. |
Objektif Mini Konvensyen KIK UiTMPengiktirafan
Untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada staf yang terlibat dalam KIK dengan memberi peluang kepada peserta KIK mempersembahkan projek inovasi mereka. |
Perkongsian ilmu dan inovasi
Menyediakan platform untuk peserta KIK berkongsi dan bertukar idea untuk menghasilkan kaedah penambahbaikan dan penyelesaian masalah dalam membantu meningkatkan kualiti pengurusan universiti. Daya Cipta Menjadikan KIK sebagai satu mekanisma untuk menyemarakkan ‘value creation’ bagi memacu kegemilangan UiTM |